PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah seperti yang dibimbangi sesetengah pihak.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan, harga makanan di kantin sekolah adalah berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara pengusaha dan pihak sekolah.
Beliau juga menjelaskan, pihaknya akan memberi perhatian terhadap cadangan penyeragaman harga makanan dan minuman di kantin sekolah mengikut lokaliti.
"Sebenarnya isu makan di kantin ini tidak timbul kerana ia berdasarkan perjanjian dan garis panduan antara pihak kantin dan sekolah.
"Sekiranya terdapat isu-isu tersebut mereka boleh merujuk terma-terma itu dari masa ke semasa dan kita mengambil perhatian kepada isu kos tetapi ia kena berbalik kepada garis panduan dan berbincang dengan pihak sekolah.
"Ada ruang untuk perbincangan itu. Walaupun terma-terma itu sudah ada antara pihak kantin dengan pihak sekolah... ruang perbincangan tetap ada," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Fadhlina juga memberi jaminan peruntukan perbelanjaan pada tahun ini, termasuk penyelenggaraan untuk sekolah tidak akan dikurangkan.
Beliau memaklumkan, walaupun peruntukan untuk KPM menerusi Belanjawan 2023 belum diluluskan di peringkat jawatankuasa, keperluan sekolah terutama dalam kategori daif tetap menjadi keutamaan.
"Peruntukan perbelanjaan tidak akan dikurangkan, tetapi dari semasa ke semasa, kita punya formula adalah (melihat) kepada keperluan sekolah, melihat kepada keutamaan kita seperti sekolah daif.
"Kemudian kita bagi (pengagihan) peruntukan itu seperti biasa… tiada pengurangan sebab kita nak pastikan sekolah itu selamat, sekolah itu selesa," katanya lagi.
Fadhlina memaklumkan perkara berkenaan, selepas menyempurnakan Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 pada Rabu.
Astro Awani
Wed Mar 15 2023
Fadhlina juga memberi jaminan peruntukan perbelanjaan pada tahun ini, termasuk penyelenggaraan untuk sekolah tidak akan dikurangkan. - Gambar Astro AWANI/Mohd Shahir Omar
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
Pemerkasaan bahasa Melayu, Inggeris perlu seiring - Fadhlina
Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.